Anugerah “Enterprise 50 2009″ Bukti Keunggulan Tayar Celup Sun Tyre
Advertorial
Mengukuhkan produk dan jenama syarikat bukan hanya terletak pada keuntungan atau kedudukan kewangan semata-mata, malah pencapaian dan pengiktirafan oleh badan yang diiktiraf juga mampu melonjakkan nama sesebuah syarikat ke satu tahap yang membanggakan.
Contohnya, syarikat berdaya saing yang mengeluarkan produk automotif dilihat mampu meningkatkan jenama produknya melalui beberapa penganugerahan besar yang diterima kerana ia bukan sahaja mengharumkan nama syarikat, malah semakin mendapat kepercayaan oleh masyarakat, khususnya pengguna produk automotif.
Oleh itu, Sun Tyre Industries Sdn. Bhd. (Sun Tyre), peneraju pasaran tayar celup negara baru-baru ini telah ditabalkan sebagai pemenang Enterprise 50 Award 2009 bersama 49 buah syarikat (pemenang) yang lain.
<< Click on image to view more news












