Gulf Rubber Malaysia Jana Pertumbuhan Industri Tayar Celup Negara | News 2009 | SUN Organization | Sun Rubber Industry Sdn Bhd

Enews

Gulf Rubber Malaysia Jana Pertumbuhan Industri Tayar Celup Negara

ADVERTORIAL - November ‘09 Issue

Page 12

Page 14

Page 15

Page 15

Pasaran industri pembuatan tayar celup (tyre retreading) masih lagi berkembang baik walaupun seluruh dunia kini masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada krisis ekonomi yang melanda tahun ini. Buktinya, terdapat beberapa pengeluar utama tayar celup di Malaysia  yang masih mengekalkan prestasi memberangsangkan di samping peningkatan terhadap jumlah permintaan tayar celup di negara kita.

<< Click on image to view more news

Proses pembuatan tayar celup bukanlah suatu yang mudah kerana ia membabitkan beberapa peringkat yang dilaksanakan dengan terperinci seperti bermula dengan pemeriksaan awal, meratakan, memperbaiki, menampal, membina, memulih dan pemeriksaan akhir.

Pemilihan bingkai tayar (casing) perlulah diutamakan yang mana gelungan dawai halus di dalamnya dikekalkan, sebaliknya ia diperbaiki lagi dan akan ditampal lapisan bunga tayar baru mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Tayar yang telah mengalami kerosakan atau kecacatan teruk akan diasingkan kerana ia tidak sesuai dijadikan tayar celup demi mementingkan kualiti dan tahap keselamatan apa tayar celup tersebut digunakan kelak.